Peranan Guru

2 Dec

Bagaikan satu gubahan muzik, wacana adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran  yang mengandungi tema dan persoalan yang bersepadu. Guru memainkan peranan untuk melaksanakan wacana secara lisan dan tulisan bagi meningkatkan pemahaman matematik pelajar. Namun, kebanyakan kelas pada hari ini tidak mengamalkan tabiat sebegini. Ini sebenarnya memerlukan fenomena yang menghormati segala idea daripada daripada pelajar. Pelajar diberi kebebasan untuk membuat penaakulan dan berhujah tentang pendapat matematik mereka. Pelajar pada hari ini juga masih bergantung kepada guru dan cara pengajaran yang traditional, di mana kebanyakan idea diberi oleh guru. Pelajar boleh dikatakan pasif sedangakan mereka masih memerlukan bimbingan untuk melibatkan diri dalam wacana dalam kelas bagaikan satu masyarakat kerjasama. Bagi mereka yang cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik tradisional, mereka lebih bergantung kepada pembelajaran bersama-sama dengan rakan-rakan dalam kelas.

Bahagian ini membincangkan peranan guru daripada 3 aspek. Dari segi keseluruhannya, guru memainkan peranan-peranan semasa mengendalikan wacana dalam kelas seperti berikut:

  • Mengemukakan soalan yang dapat melibatkan semua pelajar dengan aktif dan mencabar minda.
  • Memberi tumpuan kepada idea daripada semua pelajar.
  • Memupuk pelajar untuk membentangkan idea secara lisan dan penulisan.
  • Antara idea-idea yang dikemukakan, memilih idea yang boleh dibincangkan secara mendalam.
  • Menentukan cara pengajaran dan pemasaan yang sesuai untuk mengulaskan idea dalam istilah matematik.
  • Menentukan pemasaan yang sesuai untuk membekalkan infomasi, mengaitkan sesuatu isu, membentuk model, membimbing dan memberi cabaran kepada pelajar.
  • Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan.

Rumusan daripada senarai di atas, aspek pertama peranan guru adalah merangsang pelajar untuk melakukan penaakulan secara logik. Guru perlu menyediakan tugas-tugas yang pelbagai untuk pelajar. Perkataan “kenapa” sering digunakan untuk memupuk pelajar memberi sebab bagi jawapan mereka. Semua idea pelajar perlu diberi perhatian tanpa mengira pernyataan itu munasabah atau tidak sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada individu. Kritikan terhadap kesalahan idea harus dielakkan. Tugasan-tugasan yang disediakan itu pula haruslah bersifat memupuk pemikiran dan penaakulan. Semua tugas harus direka secara holistik bagi membolehkan guru membuat penilaian yang berterusan. Tugasan tersebut boleh dijalankan secara lisan atau tulisan secara keseluruhannya.

Aspek kedua peranan guru adalah secara aktif memupuk pelajar untuk mengemukakan pendapat masing-masing. Di samping, secara tradisionalnya guru aktif dari segi banyak memberi infomasi dan arahan. Guru perlu memberi peluang kepada semua pelajar untuk memberi pendapat. Namun, guru harus berhati-hati supaya tidak menerima segala idea tersebut. Guru perlu memilih idea yang sesuai untuk dititikberatkan bagi mengelakkan fokus wacana kelas daripada tersebar. Maka, untuk mencapai objektif ini, guru perlu mempunyai ilmu pengenalan terhadap konten matematik, kurikulum dan peribadi pelajar. Bagi memulakan wacana kelas, guru boleh memberi sedikit maklumat dan bertanya soalan yang mencetus idea. Segala aktiviti dalam kelas perlu seimbang dengan exposisi secara langsung, secara bertanya soalan, atau secara tidak langsung.

Aspek ketiga adalah memantau penyertaan pelajar dalam wacana kelas. Memang tidak dinafikan bahawa terdapatnya pelajar yang aktif dan yang pasif. Maka, guru perlu mengambil tahu siapakah yang sanggup memberi pendapat dan bagaimanakah pelajar bertindak balas antara satu sama lain? Cara yang bagaimanakah pelajar berminat untuk membentang hasil mereka? Oleh itu, guru perlu menentukan giliran pelajar untuk bersuara supaya pelajar yang pasif boleh dilibatkan dalam pembentangan. Di samping memberikan peluang kepada pelajar untuk bebas bersuara, guru juga perlu memanggil pelajar tertentu, terutamanya mereka yang pasif. Elakkan daripada hanya menerima idea tertentu bagi membernarkan spectrum idea yang luas. Bukan sahaja cara pemikiran yang pelbagai, guru juga perlu menerima cara pembentangan oleh pelajar yang pelbagai.

Leave a comment