Wacana dalam kelas

2 Dec

Wacana dalam kelas melibatkan cara-cara untuk membentang, berfikir, bercakap dan berbahas tentang sesuatu idea. Kesemua aktiviti-aktiviti ini berlaku di dalam kelas. NCTM bercadang bahawa segala wacana yang berlaku dalam kelas harus berpusatkan pelajar. Matematik dilihat sebagai satu domain ingin tahu dalam sifat manusia, harus dipupuk dalam sifat seseorang individu. Wacana merujuk kepada berlakunya penukaran idea dan juga kandungan idea tersebut. Persoalan-persoalan seperti “Siapakan yang menyatakan sesuatu idea?” “Apakah yang terkandung dalam idea tersebut?” “Bagaimanakan idea tersebut diperkatakan?” dan sebagainya harus sering diungkitkan dalam satu wacana. Guru juga harus menyediakan tugas-tugas supaya melibatkan pelajar dalam pesekitaran pembelajaran di mana sifat ingin tahu pelajar akan dipupuk.

Wacana juga mengandungi isu-isu tentang ilmu pengetahuan seperti “Apakah yang mewajarkan idea matematik?” “Bagaimanakah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu idea munasabah atau tidak?” Berbeza daripada kelas matematik tradisional yang banyak berdasarkan ulasan pihak guru dan buku teks, NCTM mencadangkan bahawa wacana kelas harus menekankan penaakulan dan pembuktian matematik. Dalam kelas yang berasaskan bukti matematik, pelajar dibimbing untuk mencungkil keupayaan mereka untuk merumuskan masalah, meneroka dan membuat sangkaan, dan berfikir secara logik.

Pelajar digalakkan memberi pendapat, sama ada kepada rakan-rakan atau kepada guru. Ini membolehkan mereka mengembangkan idea dan ilmu pengetahuan bersama-sama dengan rakan-rakan, sedangkan matematik adalah dibangunkan dalam satu komuniti intelek pada tahap awal. Cara lain yang penting adalah menulis. Pelajar harus menggunakan bahan yang pelbabai seperti istilah, diagram, graf, analog yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.

Maka, guru memainkan peranan yang penting untuk memulakan wacana kelas yang sebegitu. Pelajar digalakkan supaya berfikir secara berdikari untuk merumuskan masalah, meneroka, memberi sangkaan dan sebab secara logik dan menilai jawapan mereka. Segala wacana yang berlaku dalam kelas harus berasaskan bukti matematik yang munasabah.

Bahagian ini membincangkan peranan guru, pelajar dan bahan yang diguanakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: