Latihan yang Bermakna

2 Dec

Menurut Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal (1997), pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik berbeza dengan matapelajaran lain.  Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh.  Justeru, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan latihan yang bermakna dan secara berterusan supaya pelajar benar-benar menguasai kemahiran matematik yang diajar.

Walau bagaimanapun, guru juga perlu mengambil kira beberapa elemen-elemen penting sewaktu menyediakan latihan kepada pelajar-pelajarnya.  Elemen pertama yang perlu diambil kira adalah konten Matematik.  Misalnya, sewaktu menyediakan latihan, guru perlu memastikan bahawa latihan tersebut memenuhi konten Matematik.  Dalam hal ini, latihan tersebut hendaklah meliputi konsep dan kaedah Matematik dan berupaya meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan kemahiran asas berkenaan konsep Matematik tersebut.  Selain itu, guru juga hendaklah mempelbagaikan bentuk soalan supaya latihan yang diberikan bukan hanya memerlukan pelajar mencari jawapan terus daripada soalan yang diberi, malah latihan tersebut hendaklah memerlukan pertimbangan pelajar untuk menyelesaikannya.

Elemen kedua yang perlu dititikberatkan oleh gur sewaktu menyediakan latihan adalah pelajar-pelajarnya.  Menurut Flansburg (1994), terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang mempengaruhi penguasaan matematik seseorang pelajar iaitu, strategi am dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, ingatan dan latihan dan amalan yang berterusan.  Faktor-faktor ini perlu dititikberatkan oleh guru supaya pelajar benar-benar menguasai semua kemahiran dalam sesuatu topik.

Selain elemen-elemen seperti konten Matematik dan pelajar itu sendiri, seseorang guru perlu memahami gaya belajar pelajar-pelajarnya supaya latihan yang disediakan mengikut gaya belajar dan gaya pemikiran mereka.  Sebagai contoh, sekiranya pelajar gemar belajar melalui aktiviti, guru hendaklah menyediakan latihan melalaui aktiviti-aktiviti seperti permainan, kerja berkumpulan dan sebagainya.  Dengan mengikut rentak belajar pelajar, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kerana pelajar lebih aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Apabila bercakap tentang latihan dalam Matematik, ramai yang beranggapan bahawa latihan tersebut hanyalah latihan bertulis sahaja. (Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, 1997).  Sedangkan latihan untuk tujuan penguasaan kemahiran boleh dalam berbagai bentuk samada secara penyelesaian masalah, konstruktivisme, projek, aplikasi atau dalam bentuk latihan bertulis.  (Noor Shah Saad dan Sazelli Abdul Ghani, 2008).  Sebagai contoh, latihan berbentuk penyelesaian masalah menggalakkan pelajar berbincang sesama rakan-rakan lain untuk menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi (Noor Shah Saad dan Sazelli Abdul Ghani, 2008).

Selain itu, guru juga boleh menyediakan melalui kaedah konstruktivisme.  Berdasarkan teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk serba sempurna.  Malah, murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.  Justeru, pelajar perlu berfikir sendiri dalam usaha memahami sesuatu konsep Matematik.  Manakala latihan dalam bentuk projek pula memerlukan pelajar menyelesaikan dalam kumpulan.  Semua ahli kumplan perlu terlibat dalam perbincangan, rangka kerja, analisis dan menyediakan laporan bertulis projek yang diberikan.

Latihan dalam Matematik tidak hanya diperolehi dari buku teks atau bekerja, malah is boleh didapati dalam kehidupan seharian (Flansburg, 1994).  Oleh yang demikian, guru perlu mendedahkan pelajar terhadap latihan-latihan yang berbentuk aplikasi supaya dapat menanam kesedaran dalam diri merkea tentang kepentingan subjek Matematik.  Pelajar juga tidak beranggapan bahawa subjek Matematik ini merupakan subjek yang melibatkan pengiraan semat-mata dan hanya perlu belajar untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata.  Akhir sekali, latihan bertulis juga perlu disediakan kepada pelajar bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu kemahiran dan konsep Matematik.  Malah, guru perlu menyediakan latihan bertulis aras tinggi supaya pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikannya.

Secara konklusinya, guru perlu peka supaya latihan yang ingin diberikan kepada para pelajar hendaklah membantu mereka menyelesaikan masalah Matematik, membuat perkaitan, berkomunikasi dalam Matematik dan berfikir secara krirtis dan kreatif.  Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang penting untuk menyediakan latihan dalam pelbagai bentuk supaya pelajar dapat mengikuti pembelajran Matematik yang lebih bermakna.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: